satusabah

114 calon cemerlang SRU 2017

KOTA KINABALU: Seramai 114 calon peperiksaan Sekolah Rendah Ugama (SRU) dan 29 calon peperiksaan Sekolah Menengah Ugama (SMU) mendapat kep...



KOTA KINABALU: Seramai 114 calon peperiksaan Sekolah Rendah Ugama (SRU) dan 29 calon peperiksaan Sekolah Menengah Ugama (SMU) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata seramai 4,572 calon menduduki peperiksaan SRU pada tahun ini manakala bagi peperiksaan SMU pula adalah seramai 287 calon.

"Prestasi bagi kedua-dua peperiksaan terbabit mempunyai perubahan daripada segi statistik. Saya dapati prestasi keputusan bagi peperiksaan SRU meningkat berbanding tahun lalu, manakala SMU pula ada penurunan sedikit berbanding tahun lalu.

"Bagi calon SRU, seramai 4,158 daripada 4,572 calon lulus dengan berbagai pangkat dan seramai 114 calon SRU mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang) pada tahun ini. Peratus kelulusan ialah 90.9 peratus meningkat sebanyak 2.6 peratus berbanding 88.3 peratus pada tahun lalu.

''Seramai 287 calon yang lulus termasuk tiga orang calon persendirian dengan berbagai-bagai pangkat bagi peperiksaan SMU. Ini membabitkan peratus kelulusan 90.3 peratus, menurun 1.8 peratus berbanding 92.1 peratus pada tahun lalu. Oleh itu, perlu ada usaha oleh pelajar dan guru untuk tingkatkan prestasi pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika pengumuman keputusan SRU dan SMU di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Yusof Abd Abbas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Arifin berkata pembinaan dua sekolah agama di Keningau dan Beaufort akan memudahkan pelajar di daerah itu meneruskan persekolahan mereka.

''Sekolah menengah agama di Keningau yang bernilai RM18 juta siap sepenuhnya dengan dilengkapi kemudahan asrama, manakala sekolah menengah agama di Beaufort bernilai RM11 juta pula 50 peratus siap," katanya.

Sementara itu, bagi Nur Sakinah Nasihin, 12, penerima keputusan mumtaz dalam peperiksan SRU, berkata Dai Hamidah yang juga pemenang program Dai 2015, TV3, idola yang menjadi insipirasi beliau untuk menjadi seorang guru agama.

''Saya mahu jadi seperti Dai Hamidah yang fasih berbahasa Arab. Saya tidak pernah ketinggalan menonton program itu di televisyen kerana mahu mendengar apa yang beliau sampaikan.

''Disebabkan itu, saya belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk menjadi guru agama yang mahir berbahasa Arab," katanya yang berasal dari Tawau.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/11/354858/114-calon-cemerlang
Loading...

Related

Info SRU 6974669939682746095

Post a Comment

emo-but-icon

TENTANG BLOG SRU SABAH

Blog ini tiada kaitan dengan JHEAINS walaupun mengandungi bahan atau berita yang berkaitan. Blog ini didirikan atas inisiatif individu tertentu sebagai usaha untuk memanjangkan info-info berkaitan dari sumber-sumber tertentu. Harap maklum!

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

item