satusabah

Sekolah Agama Negeri - SAN Karamunting Sandakan

Nama asal Sekolah Agama Karamunting ialah SEKOLAH UGAMA ISLAM SABAH KARAMUNTING yang dikenali sebagai ( SUISK ). Ianya berada dibawah ke...


Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Nama asal Sekolah Agama Karamunting ialah SEKOLAH UGAMA ISLAM SABAH KARAMUNTING yang dikenali sebagai ( SUISK ). Ianya berada dibawah kendalian Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 Masihi/1285 Hijriah. Pada tahun ini ( 2015 ), sekolah ini telahpun beroperasi selama 50 tahun.

No photo description available.PENGENALAN

Menurut apa yang telah diceritakan oleh penduduk kampung dan bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di Sekolah Agama ini, mereka mengatakan bahawa Sekolah Agama Karamunting ataupun yang dikenali sebagai SUISK suatu ketika dahulu merupakan sekolah yang paling tertua di Negeri Sabah ini.

Sekolah ini diasaskan oleh seorang guru yang berasal dari Kampung Tanjung Nilai Seremban Negeri Sembilan. Beliau dikenali sebagai seorang yang alim dan warak iaitu Allahyarham Tuan Guru Muhammad Said Al-atas yang berketurunan Minang Sumatra Barat.

Pada tahun 2007, Sekolah Agama ini berada dibawah kendalian dan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) sehinggalah sekarang ( 2015 ). Apabila berada dibawah kelolaan ( JHEAINS ), nama Sekolah Agama ini pun dinaik tarafkan kepada Sekolah Agama Negeri ( SAN ) Karamunting.

Sekolah Agama yang lama ini terletak di Jalan Pelabuhan Karamunting lama yang berhadapan dengan Edible Oil Palm Factory ( Kilang pemprosesan minyak kelapa sawit ). Lokasinya juga jauh dan tersembunyi dari pengetahuan orang ramai.

SEJARAH PEMBINAAN

Sebelum berpindah ke tapak bangunan Sekolah Agama yang baru, bangunan Sekolah Agama Negeri Karamunting terletak di Jalan Pelabuhan Karamunting lama. Menurut maklumat yang diterima, tapak bangunan sekolah agama ini dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan Sabah. Pihak sekolah hanya menumpang tapak atas ehsan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Sabah.

Asalnya sekolah ini, dikelilingi rumah-rumah kepunyaan penduduk kampung Karamunting Lama, namun akhirnya penduduk kampung telah berpindah setelah menerima pampasan dari Lembaga Pelabuhan Sabah.

Sekolah Agama Negeri Karamunting yang bertapak di Pelabuhan Karamunting beroperasi dari tahun 1963 sehingga tahun 2011. Pada tahun 2010, JHEAINS telah memberikan peruntukan kepada Sekolah Agama Negeri Karamunting Sandakan sebanyak RM 1.3 juta bagi memulakan pembinaan sekolah agama yang baru. Sekolah agama ini didirikan di atas tapak MUIS.

Bangunan Sekolah Agama yang baru siap sepenuhnya pada akhir tahun 2010. Sebelum proses penyerahan kunci kepada pihak sekolah, telah diadakan satu perjumpaan diadakan yang bertempat di Sekolah Agama yang baru yang mana perjumpaan tersebut dihadiri oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, yang terdiri daripada wakil pembangunan, wakil jabatan tanah dan ukur, wakil jabatan bomba, pihak kontraktor, kakitangan pihak sekolah, serta beberapa orang dari kalangan ibu-bapa. Melalui perjumpaan ini, beberapa perkara telah diusulkan kepada pihak kontraktor mengenai beberapa perkara yang perlu diperbaiki sebelum penyerahan sepenuhnya.

Pada tahun 2011, dalam pertengahan semester yang pertama kunci sekolah telahpun diserahkan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Ust Zainal Abidin b. Said dan Ust. Tuni b. Munih oleh pihak kontraktor disaksikan oleh Ust. Musrin B. Tarin(MANTAN PENYELIA).

Secara rasminya Sekolah Agama Negeri Karamunting berpindah ke bangunan baru pada tarikh 07 Jun 2011M bersamaan 05 Rejab 1432H. Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada semester yang kedua ( 13 Jun 2011 ). Sehingga kini, Sekolah Agama Negeri Karamunting telah beroperasi hampir 6 tahun. Dengan kedudukan yang dapat dilihat dari jalan besar, mampu untuk menarik lebih ramai lagi perhatian di sekitar Kampung Karamunting.

PENGASAS, PENTADBIR DAN GURU BESAR ( 1963 – 2017 )

01 . Tuan Guru Said Al-atas (1963-1970).
Berasal dari Tanjung Nilai Seremban Negeri Sembilan. Berketurunan Minang Sumatera Barat. Merupakan pengasas Sekolah Agama Negeri Karamunting yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Ugama Islam Karamunting (SUISK).

02 . Ustaz Khalid B. Hj. Ahmad ( 1970-1977 )
Berasal dari Melaka. Diamanahkan untuk mentadbir, menyambung segala tugas yang pernah digalas oleh Tuan Guru Said Al-atas dalam mendidik, mengajar serta menjaga sekolah.

03 . Ustaz Hj. Osman B. Hj. Husin (1977-1984)
Berasal dari kedah. Menyambung tugas yang diamanahkan kepada Ustaz Khalid Hj. Ahmad. Sebagai, pentadbir, pendidik, tenaga pengajar serta mengatur dan mengurus segala keperluan sekolah.

04 . Ustaz Hj. Muhd Yacub Lubis B. Hj. Syahabuddin (1984-1998)
Berasal dari Medan, Sumatera Utara. Merupakan orang pertama yang dilantik dan memegang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Agama Negeri Karamunting.

05 . Ustazah Munah Bt. Abdullah (2000-2010)
Berasal dari Sandakan Sabah. Merupakan bekas pelajar di Sekolah Agama Negeri Karmunting. Menjadi tenaga pengajar pada tahun 1991. Diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus sekolah pada thun 1999 sebelum dilantik menjadi Guru Besar. Pada tarikh 17 Januari 2000 beliau dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Agama Negeri Karamunting. Tamat tempoh bertugas atas persaraan wajib (55 tahun) pada tarikh 04 Mei 2010. Berkhidmat selama 9 tahun di Sekolah Agama Negeri Karamunting

06 . Ustazah Salihah Bt. Karim (2010-2014)
Berasal dari Sandakan Sabah. Merupakan pelajar sekolah Agama Negeri Karamunting pada tahun 1980-1985, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu pada tahun 1986-1991. Pernah mengajar di Sekolah Agama Negeri KM 2 sebagai guru sukarela pada bulan disember 1992 hingga ogos 1994. Mula bertugas di Sekolah Agama Negeri Karmunting sebagai guru lantikan pada 30 September 1994 – 2010. Mengikuti Kursus Asas Perguruan ( KDC ) pada tahun 1997-1999 anjuran ( KOPEDA ) kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ( Maktab Perguruan Gaya ). Menyandang tugas Guru Besar bermula dari 01 Julai 2010 sehingga 08 Julai 2014. Berkhidmat selama 20 tahun di Sekolah Agama Negeri Karamunting. Diamanahkan menjadi Guru Besar di Sekolah Agama Negeri KM2 bermula dari 08 Julai 2014 sehingga sekarang.

07 . Ustaz Tuni B. Munih (2014 hingga sekarang)
Berasal dari Kg Keniogan, Beluran Sabah. Bersekolah di SMK Agama Sandakan dari tahun 2000-2004. Melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak pada tahun 2005-2008 dalam bidang Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah. Mula bertugas pada tarikh 21 Jun 2010, dan ditempatkan Di Sekolah Agama Negeri Karamunting. Kemudian diarahkan untuk berpindah ke Sekolah Agama Negeri Pekan Bukit Garam pada bulan April 2011. Diarahkan untuk mengikuti Kursus Perguruan (KDC) bermula dari November 2013 sehingga Jun 2017. Dilantik menjadi guru besar di Sekolah Agama Negeri Karamunting pada 07 Julai 2014 sehingga sekarang.
Loading...

Related

Institusi JHEAINS 108790678965614482

Post a Comment

emo-but-icon

TENTANG BLOG SRU SABAH

Blog ini tiada kaitan dengan JHEAINS walaupun mengandungi bahan atau berita yang berkaitan. Blog ini didirikan atas inisiatif individu tertentu sebagai usaha untuk memanjangkan info-info berkaitan dari sumber-sumber tertentu. Harap maklum!

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

item